Bijih besi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Bijih besi adalah batu dan galian dari mana logam besi boleh dihasilkan secara ekonomik. Bijih biasanya amat kaya dengan besi oksida dan pelbagai warna dari kelabu gelap, kuning menyala, ungu gelap, sehingga merah karat. Besi itu sendiri biasanya terdapat dalam bentuk magnetit (Fe3O4), hematit (Fe 2 O 3), goetit (FeO(OH)), limonit (FeO(OH).n(H 2 O)) atau siderit (FeCO 3).